KOTA BHARU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Kelantan menumpaskan sindiket pengedaran dadah yang menjadikan pusat pengumpulan barangan berpusat di kedai telekomunikasi di Tanah Merah sebagai saluran pengedaran sejak Ogos tahun lalu.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, berkata pihaknya menjalankan risikan menjejaki individu berkenaan selama lebih sebulan bagi mengenal pasti kegiatan pengedaran dadah yang dilakukannya di negeri ini.
Katanya, pada Ahad lalu, jam 3.30 petang, pihaknya mengekori kereta Honda FD yang dipandu suspek warga tempatan berusia 27 tahun, namun sebaik menyedari kenderaannya diekori, suspek memecut sebelum kereta dipandunya terbabas di tepi jalan di Kampung Batu 10, Batang Merbau, Tanah Merah.








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FSaifuddinNasutionIsmaildfds_146292.png&w=480&output=webp&q=85&we)

