KOTA BHARU: Kesalahan memotong barisan dan melanggar lampu isyarat antara kesalahan ketara dikesan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerusi Ops Patuh Deepavali dalam tempoh dua hari bermula Sabtu lalu.

Pengarah JPJ Kelantan, Mohd Misuari Abdullah, berkata menerusi Ops Patuh Deepavali itu, sebanyak 772 kenderaan diperiksa.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, 334 notis saman dikeluarkan membabitkan pelbagai kesalahan, selain sebuah kenderaan disita.

"Bagi kesalahan utama yang dikenal pasti sepanjang tempoh berkenaan termasuk memotong garisan dan melanggar lampu isyarat.