KANGAR: Taktik licik sindiket penyeludupan menyembunyikan dadah di pelantar pulau berbatu dan jeti terbiar terbongkar selepas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis berjaya merampas 61.42 kilogram (kg) ganja.

Pengarah Kastam Perlis, Mohammad Furiman Hattar, berkata modus operandi sindiket adalah dengan membawa masuk dadah dari negara jiran yang terletak kurang 1.5 kilometer dari sempadan perairan negeri.

"Sindiket kemudian meninggalkan dadah di kawasan pelantar terbiar untuk diambil oleh individu lain.

"Dalam kejadian pertama jam 9.30 malam 28 Ogos lalu, pasukan operasi menemui dua bungkusan guni bertulisan Thailand mengandungi 25 kilogram (kg) ketulan mampat ganja bernilai RM75,000 di atas pelantar jeti terbiar di Sungai Kuala Perlis, berdekatan Taman Pelangi.