Kangar: Taktik licik sindiket penyeludupan menyembunyikan dadah di pelantar pulau berbatu dan jeti terbiar terbongkar selepas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis berjaya merampas 61.42 kilogram (kg) ganja.

Pengarah JKDM Perlis Mohammad Furiman Hattar berkata, rampasan itu membabitkan ganja bernilai RM191,544 dilakukan pasukan Cawangan Penguatkuasaan Marin Kuala Perlis di perairan Kuala Perlis, selain sitaan daun ketum dan sebuah kenderaan mewah.

Beliau mendedahkan modus operandi sindiket adalah dengan membawa masuk dadah dari negara jiran yang terletak kurang 1.5 kilometer dari sempadan perairan negeri.

"Sindiket kemudiannya meninggalkan dadah di kawasan pelantar terbiar untuk diambil oleh individu lain.