Kuala Lumpur: Laluan beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk melayakkan diri ke Jelajah Dunia Akhir BWF, bulan depan semakin berliku selepas terpaksa menarik diri pada aksi pusingan pertama Masters Kumamoto di Jepun, hari ini.

Pasangan nombor empat dunia itu hanya sempat beraksi selama enam minit ketika menentang gandingan India, Hariharan Amsakarunan-M R Arjun sebelum mengambil keputusan menarik diri akibat kecederaan tumit kanan Wooi Yik yang kembali berulang.

Ketika itu, Aaron-Wooi Yik ketinggalan 6-11 pada set pertama dalam aksi di Gimnasium Wilayah Kumamoto berkenaan.Jurulatih beregu lelaki negara, Chang Kim Wai mengesahkan Wooi Yik mengalami kecederaan sama seperti yang dialaminya ketika beraksi di Terbuka Perancis, bulan lalu.