Kuala Lumpur: Pemberian sebidang tanah atau sebuah rumah antara bentuk ganjaran alternatif yang boleh dipertimbangkan kerajaan menerusi Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) bagi menjamin masa depan atlet negara selepas mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa.

Pemerhati sukan tempatan, Dr Nasnoor Juzaily Mohd Nasiruddin berkata, pemberian aset berkenaan boleh dijadikan nilai tambah kepada skim itu sekiranya kerajaan mahu mengekalkan kadar ganjaran wang tunai sedia ada tanpa meningkatkannya.

"Kalau kerajaan mahu kekalkan jumlah sedia ada, mungkin boleh ditambah dengan sesuatu yang lain seperti biasiswa untuk sambung belajar ke luar negara atau pemberian sebidang tanah yang mempunyai nilai setara atau sebiji rumah mengikut dana sedia ada.