Paris: Kapten Perancis, Kylian Mbappe sudah melupakan tempoh sukar yang dilaluinya sebelum ini dan kini memberikan tumpuan untuk membantu pasukan menjelang aksi Liga Negara-Negara menentang Itali dan Turkiye.
Perkara itu disahkan pertahanan Perancis, Ibrahima Konate yang berkata Mbappe kini berada dalam keadaan baik selepas kembali menyertai skuad kebangsaan.
Mbappe kembali menyarung jersi Perancis selepas terlepas tiga perlawanan terakhir akibat kecederaan, selain berdepan kekecewaan gagal memenangi anugerah Ballon d'Or dan menerima kritikan di China susulan kenyataannya berkaitan Mao Zedong, pengasas China moden.
"Dia berada dalam keadaan yang sangat baik dan anda boleh melihatnya menerusi aksi terbaharunya. Dia sudah memberikan sumbangan penting dan amat diperlukan kami di Madrid," kata Konate kepada pemberita.










