Alor Gajah: Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan kesyukuran susulan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman penjara menerusi tahanan rumah berkuat kuasa serta-merta.
Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, keputusan berkenaan sangat bermakna kepada kepemimpinan serta ahli UMNO dan Barisan Nasional (BN), selain mereka yang selama ini mendoakan supaya Najib dapat kembali bersama keluarganya.
"Kami juga menjunjung kasih ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang mempengerusikan Lembaga Pengampunan dan memutuskan supaya Datuk Seri Najib menjalani baki hukumannya di rumah.










