Hulu Selangor: Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) masih giat mengesan tiga mangsa kejadian kepala air di Sungai Luit, Kampung Orang Asli Pertak, Kuala Kubu Bharu, dekat sini, setakat jam 4.30 petang tadi.
Tinjauan di lokasi mendapati operasi pencarian masih diteruskan dalam keadaan cuaca mendung, dengan hujan renyai-renyai petang tadi.
Bagaimanapun, belum ada penemuan baharu dilaporkan selepas lima daripada lapan mangsa yang dihanyutkan arus ditemukan sejak awal pagi tadi.
Operasi SAR memasuki hari kedua selepas kejadian kepala air yang bermula di kawasan Lata Jebus petang semalam.










