Kuala Lumpur : Pelakon terkenal, Rita Rudaini mendedahkan Allahyarham pelakon Cico Harahap, 48, tidak pernah membezakan dirinya dengan pelakon lain di lokasi penggambaran meskipun dirinya anak kepada penyanyi legenda, Uji Rashid.

Rita atau nama sebenar Rita Rudaini Mohammad Mokhtar, 50, yang pernah berlakon dengan arwah Cico dalam filem Mami Jarum dan Mistik berkata, Cico juga bergaul dan melayan sama rata semua pelakon sama ada lama dan baharu di lokasi.

"Saya pula rasa macam 'wow' dapat berlakon dengan anak artis popular era 1970-an ketika itu. Sebab masa itu, Cico sudahpun dikenali menerusi filem Puteri Impian.

"Saya masih ingat, kita ada kem dan sesi pembacaan skrip sebelum penggambaran filem genre seram Mistik bersama pengarah, Prof Madya Datuk Dr A Razak Mohaideen ketika itu.