MELAKA: Parti Bersama Malaysia (BERSAMA) menyasarkan peningkatan peratusan undi sehingga 15 peratus bagi 16 calonnya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, berbanding purata tiga hingga enam peratus yang diraih ketika bertanding di Johor, Julai lalu.
Pemimpin BERSAMA, Datuk Seri Rafizi Ramli, berkata pencapaian sasaran itu penting bagi meletakkan kedudukan parti berkenaan setanding dengan parti politik lain.
"Saya rasa kita akan dapat keputusan yang lebih baik... berdasarkan kempen semua, saya rasa kita akan dapat meningkatkan peratusan undi dengan sasaran 15 peratus.
"Sebab 15 peratus itu akan meletakkan kekuatan BERSAMA setanding dengan parti yang lama ini. Kalau ambil setiap parti komponen Pakatan Harapan (PH) secara berasingan, kekuatan mereka kira-kira 15 peratus juga.










%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FNew-Big-Picture-template-06112026-14_229477.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)