Ketua Hakim Negara Wan Ahmad Farid Wan Salleh juga perlu melihat penggunaan bahasa 'rojak' dalam dokumen itu, kata Ahli Parlimen Pasir Gudang daripada PKR, Hassan Karim.PETALING JAYA: Hassan Karim daripada PKR menggesa Ketua Hakim Negara Wan Ahmad Farid Wan Salleh mengesahkan kesahihan perintah mahkamah yang membenarkan Najib Razak menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan rumah.
Ahli Parlimen Pasir Gudang itu berkata, sekiranya dokumen yang kini tersebar di media sosial itu benar-benar sahih, penjelasan perlu diberikan berhubung banyak 'kesilapan' dalam dokumen tersebut.
Beliau berkata, kesilapan yang didakwa itu termasuk nama mahkamah serta peruntukan undang-undang dan perundangan yang dirujuk.








