Zahid Hamidi berkata Umno sedia dedah maklumat kutipan denda untuk Najib Razak kepada pihak berwajib. (Gambar Bernama) MELAKA: Umno bersedia mendedahkan semua maklumat terperinci berhubung kutipan RM50 juta bagi membayar denda bekas perdana menteri Najib Razak kepada pihak berkuasa, kata Presidennya Zahid Hamidi. Zahid berkata, tabung kutipan dana yang diwujudkan di ibu pejabat Umno sudah ditutup selepas jumlah sumbangan mencapai sasaran ditetapkan. Katanya, kutipan itu dilaksanakan menerusi kaedah pendanaan awam (crowdfunding) yang melibatkan ahli dan bukan ahli Umno, selain sumbangan daripada cawangan, bahagian serta badan perhubungan negeri parti itu. “Kita sedia untuk membuka semua maklumat terperinci hasil kutipan itu kepada pihak berwajib,” katanya selepas Majlis Perjumpaan Anggota KEMAS Negeri Melaka, di Tanjung Kling. Mengulas permohonan Peguam Negara kepada mahkamah berhubung keputusan Lembaga Pengampunan, Zahid berkata perkara itu diserahkan kepada mahkamah untuk diputuskan. Bagaimanapun, beliau berharap tiada usaha melengah-lengahkan pelaksanaan pengampunan yang diberikan Yang di-Pertuan Agong kepada Najib. “Kita tidak mahu ada 'delay tactic' yang dilakukan untuk melengah-lengah dan melambat-lambatkan pelaksanaan kepada pengampunan yang telah diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong,” katanya. Pada 6 Nov lalu, Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki mengumumkan Tabung Solidariti Najib Razak berjaya mengumpul dana mencukupi bagi menjelaskan denda RM50 juta dikenakan terhadap bekas presiden parti itu bagi kes SRC International Sdn Bhd. Asyraf turut mengesahkan semua urusan pembayaran kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diselesaikan pada hari sama, sekali gus membolehkan akaun khas tabung berkenaan ditutup secara rasmi. Tabung itu dilancarkan pada 18 Sept lalu bagi mengumpul sumbangan orang ramai untuk membantu Najib melunaskan denda berhubung sabitannya dalam kes penyelewengan dana SRC International. Pembayaran denda RM50 juta itu antara syarat pengampunan bersyarat yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjara secara tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028. Semalam, wartawan veteran A Kadir Jasin dilaporkan berkata kerajan mempunyai kewajipan moral untuk menyiasat sumber dana RM50 juta yang dikumpul oleh Umno bagi melunaskan denda Najib dalam kes SRC International. Menurutnya, kerajaan yang berulang kali menegaskan komitmennya dalam membanteras rasuah harus memastikan bayaran itu datangnya daripada sumber yang sah, tidak kira siapa penyumbangnya. Ahli Parlimen Kampar Chong Zhemin pula mempersoalkan Umno sama ada kontraktor t
Umno sedia dedah butiran kutipan RM50 juta denda Najib
Presiden Umno Zahid Hamidi berkata kutipan menerusi pendanaan awam itu membabitkan ahli dan bukan ahli Umno, selain cawangan, bahagian serta perhubungan negeri.

Key takeaways
Umno menyatakan tabung kutipan dana RM50 juta untuk denda Najib telah ditutup selepas mencapai sasaran.
- Tabung kutipan dana diwujudkan melalui kaedah crowdfunding dan sumbangan daripada ahli dan cawangan Umno.
- Umno bersedia dedah maklumat terperinci hasil kutipan kepada pihak berwajib.
- Pembayaran denda RM50 juta kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah diselesaikan pada 6 November.
Summarised automatically by AI from the original article by Free Malaysia Today. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Utusan Malaysia , Harian Metro
Story details
- Published
- By
- Nur Alif Hazmi
- Section
- Super BM
- Length
- 365 words · about 2 min read
- Format
- Article
- Original
- freemalaysiatoday.com ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) Anwar sedia dedah isi kandungan CSA, tidak perlu dirahsiakan
- Free Malaysia Today Umno sedia dedah butiran kutipan RM50 juta denda Najib (this story)
- Utusan Malaysia UMNO sedia dedah butiran kutipan RM50 juta Najib






