Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur meminda perintah pelepasan yang dikeluarkan pada 6 Nov bagi membolehkan bekas perdana menteri Najib Razak menjalani baki hukuman penjaranya dalam kes SRC International di bawah tahanan rumah. (Gambar EPA Images) KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi mengetepikan perintah terdahulu untuk membebaskan Najib Razak selepas pembayaran denda dan mengeluarkan perintah baharu membenarkan bekas perdana menteri itu menjalani baki hukuman penjara bagi kes SRC International di bawah tahanan rumah.

Hakim Aslam Zainuddin membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan daripada peguam Najib dan pihak pendakwaan berhubung permohonan Jabatan Peguam Negara (AGC) berkaitan Perintah Pelepasan yang dikeluarkan selepas pembayaran denda RM50 juta.