Naib Presiden Amanah Mahfuz Omar beritahu Umno-BN kalau sudah jatuh hati pada 'janda lama', iaitu PAS dan PN, jangan terus pura-pura setia kepada PH. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Naib Presiden Amanah Mahfuz Omar mengingatkan Umno dan Barisan Nasional (BN) supaya tidak 'main kayu tiga' dengan terus menikmati kuasa dalam kerajaan sambil bekerjasama dengan PAS untuk menentang Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya.
Beliau berkata demikian sebagai respons terhadap kenyataan Timbalan Pengerusi BN Mohamad Hasan, yang mendakwa PH masih berkelakuan seperti pembangkang walaupun sudah menjadi kerajaan.
Mohamad yang juga timbalan presiden Umno semalam dipetik berkata, parti kerajaan sepatutnya mengetengahkan pencapaian dan perancangan kerajaan bagi meyakinkan rakyat, bukan menyerang atau memburukkan parti lawan sepanjang kempen PRN Melaka.








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FAnnessaTan1_502210.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
