Kuala Lumpur: Pelakon dan aktivis, Lando Zawawi memohon orang ramai mendoakan kesejahteraan pelawak, Amir Raja Lawak yang kini menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat jangkitan paru-paru.
Menerusi hantarannya di media sosial, Lando atau nama sebenarnya Azlan Sani Zawawi memaklumkan beliau sudah mendapat keizinan daripada ibu Amir untuk mendedahkan keadaan terkini anaknya itu kepada orang ramai.
Menurut Lando, Amir atau Mohammad Amirullah Azmi, 37, mempunyai sejarah penyakit asma sejak kecil.
"Saya baru saja mendapat keizinan dari ibu Amir (Puan Nizan) untuk memohon sanak saudara dan rakan rakan yang mengenali saudara kita Mohammad Amirullah Azmi untuk sama-sama mendoakan agar beliau segera pulih dan kembali sihat.










%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FNew-Big-Picture-template-06112026-14_229477.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)