Polis memperoleh perintah reman terhadap empat suspek hingga 14 Nov manakala tiga lagi suspek hingga 15 Nov.JOHOR BAHRU: Polis Johor menahan tujuh warga tempatan termasuk dua wanita disyaki terlibat kes pecah masuk premis pajak gadai Ar-Rahnu di Kota Tinggi membabitkan kerugian RM28.4 juta yang didalangi bekas pengurusnya bagi menutup perbuatan pecah amanah.

Ketua Polis Johor, Ab Rahaman Arsad, berkata tangkapan susulan laporan dibuat pengurus premis pada 11.42 pagi 6 Nov berhubung kejadian pecah masuk melibatkan kehilangan barang kemas dan wang tunai.

“Suspek berusia 29 hingga 48 tahun ditahan di sekitar Kota Tinggi dan Johor Bahru menerusi serbuan pada 7 dan 8 Nov oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, IPK Johor serta Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kota Tinggi.