JOHOR BAHRU: Polis Johor menahan tujuh warga tempatan termasuk dua wanita disyaki terlibat kes pecah masuk premis pajak gadai Ar-Rahnu di Kota Tinggi membabitkan kerugian RM28.4 juta yang didalangi bekas pengurusnya bagi menutup perbuatan pecah amanah.

​Ketua Polis Johor Datuk Ab Rahaman Arsad berkata tangkapan susulan laporan dibuat pengurus premis pada 11.42 pagi 6 Nov berhubung kejadian pecah masuk melibatkan kehilangan barang kemas dan wang tunai.

“Suspek berusia 29 hingga 48 tahun ditahan di sekitar Kota Tinggi dan Johor Bahru menerusi serbuan pada 7 dan 8 Nov oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor serta Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi.