Alor Setar: Polis Kedah melumpuhkan tujuh kumpulan sindiket penipuan dalam talian susulan penahanan 87 individu menerusi operasi bersepadu yang dilaksanakan sepanjang 10 bulan pertama tahun ini.

Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, sindiket terbabit membabitkan warga tempatan serta warga asing dari China, Pakistan, India dan Bangladesh yang dipercayai menyasarkan mangsa di dalam dan luar negara.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, 33 tangkapan membabitkan warga China, diikuti 15 warga Pakistan, India (lapan) dan Bangladesh (empat) manakala 15 lagi membabitkan penduduk negara ini.

"Pecahan tangkapan mengikut jantina pula menunjukkan 75 lelaki dan 12 wanita. Siasatan mendapati sindiket terbabit menyasarkan mangsa bukan sahaja di Malaysia, malah beberapa negara seperti Thailand, Jepun, China, Australia, India dan Bangladesh.