KUALA LUMPUR: Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar memohon maaf dan menyatakan pendirian untuk mematuhi perintah tahanan bersyarat terhadap Perdana Menteri keenam, Datuk Seri Najib Razak seperti dititahkan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
Pejabat Perdana Menteri menerusi kenyataan hari ini, turut menegaskan Mohd Dusuki memohon perkenan menghadap Sultan Ibrahim bagi kekhilafan berhubung perkara itu.










