JAKARTA: BP menjual keseluruhan pegangan sahamnya sebanyak 49.9 peratus dalam usaha sama pengendalian stesen minyak di Indonesia kepada anak syarikat rakan kongsinya dari negara itu, AKR Corporindo, menurut kenyataan AKR semalam.
Dua anak syarikat AKR membeli saham yang dipegang BP pada harga pembelian keseluruhan AS$14.22 juta, sekali gus meningkatkan pemilikan kumpulan AKR Corporindo kepada 100 peratus daripada 50.1 peratus sebelum ini.
AKR berkata, penjualan pegangan itu adalah sebahagian daripada strategi BP untuk 'mempermudah portfolio perniagaannya'.
Kementerian Tenaga Indonesia mengetatkan syarat import bahan api secara langsung bagi syarikat swasta tahun lalu, sehingga menyebabkan kekurangan bekalan di stesen minyak swasta, termasuk yang dikendalikan BP dan Shell.









