KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di tiga negeri meningkat lebih dua kali ganda kepada 1,205 orang daripada 339 keluarga setakat jam 3.20 petang ini, dengan Selangor mencatat jumlah pemindahan tertinggi.
Jumlah itu meningkat berbanding 453 mangsa daripada 127 keluarga yang ditempatkan di tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Selangor dan Sarawak jam 9.30 pagi tadi.
Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Selangor merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 830 orang daripada 231 keluarga di enam PPS.
Perak pula mencatatkan 368 mangsa daripada 107 keluarga di tiga PPS, manakala Sarawak merekodkan tujuh mangsa daripada sebuah keluarga di satu PPS.









