KUALA LUMPUR – Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi, di sini bagi mengkaji semula perintah pelepasan membabitkan Datuk Seri Najib Tun Razak yang membolehkan bekas Perdana Menteri itu menjalani baki hukuman penjara menerusi kaedah tahanan di rumah.

Peguam Negara Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar berkata perkara itu berdasarkan perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi di sini pada 6 November lepas.

“AGC telah memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi hari ini untuk mengkaji semula dan meneliti kembali perintah pelepasan yang dikeluarkan sebelum ini untuk suatu perintah pelepasan yang baharu.

“Ia supaya selaras dengan perintah pengampunan yang diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 18 September lepas,” katanya ketika dihubungi, hari ini.