KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir ke Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa, bagi mengikuti prosiding permohonan Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk mengkaji semula perintah pelepasan yang dikeluarkan pada Jumaat minggu lalu.Bekas Ahli Parlimen Pekan berusia 73 tahun yang memakai kurta berwarna biru tiba di mahkamah jam 3.08 petang dengan diiringi pegawai Jabatan Penjara Malaysia.Hadir sama ialah anak perempuan mereka, Nooryana Najwa.AGC memfailkan permohonan pada Selasa bagi mengkaji semula perintah pelepasan yang dikeluarkan pada 6 November lalu.Jabatan itu juga mahu mendapatkan satu perintah baharu, selaras dengan perintah pengampunan bersyarat yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong pada 18 September.Pendakwaan selaku pemohon diwakili Pengarah Pendakwaan Kuala Lumpur Datuk Mohd Nordin Ismail; Peguam kanan persekutuan, Ahmad Hanir Hambaly @ Arwi dan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Ahmad Akram Gharib, Mohamad Mustaffa P Kunyalam, Mohamad Fadhly Mohd Zamry dan Siti Pervinah Mohamad Yusof.Najib selaku responden diwakili peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan Muhammad Farhan Muhammad Shafee.Dalam permohonan yang difailkan pada 10 November itu, AGC memohon mahkamah meneliti semula perintah berkenaan bagi memastikan pelaksanaannya menepati pengampunan yang diberikan kepada bekas Ahli Parlimen Pekan itu.Pada 6 November lalu, Najib dilaporkan telah melunaskan denda RM50 juta di kaunter pembayaran hasil dan deposit Mahkamah Tinggi di sini bagi membolehkan baki hukuman penjaranya dijalani menerusi tahanan di rumah.Bagaimanapun, beliau kembali ke Penjara Kajang selepas menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).AGC sebelum ini memaklumkan pelaksanaan tahanan di rumah itu ditangguhkan sementara bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung interpretasi Perintah Pengampunan Bersyarat yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong.Perkembangan terbaharu itu menyusul selepas Mohd Dusuki sebelum ini menyentuh isu kecacatan pada perintah pelepasan berkenaan.Beliau berkata, penelitian sewajarnya ketika menyediakan dokumen rasmi itu penting bagi mengelakkan sebarang pertikaian, khususnya membabitkan ketepatan penggunaan istilah undang-undang.Pada 28 Julai 2020, Mahkamah Tinggi di sini menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib selepas didapati bersalah atas tiga pertuduhan pecah amanah, tiga pengubahan wang haram serta satu salah guna kedudukan membabitkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.Najib mula menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang pada 23 Ogos 2022 sebelum mengemukakan petisyen pengampunan kepada Yang di-Pertuan Agong pada 2 September tahun sama.Pada 18 September lalu, beliau mendapat pengampunan bersyarat daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, yang membolehkan baki hukuman penjara dijalani menerusi tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028.Menurut Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri, pengampunan bersyarat itu te