KUALA LUMPUR: Industri pembinaan digesa mengimbangi projek pembangunan dengan pemuliharaan alam sekitar bagi mengelakkan lambakan 'hutan konkrit' yang boleh menjejaskan kelestarian alam.
Ketetapan itu ditegaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mahu sektor berkenaan mengambil tanggungjawab penuh dalam memastikan setiap agenda pembangunan tidak mengetepikan aspek kehijauan bumi.
Selain itu beliau berkata, pihak industri perlu mengutamakan mutu bahan binaan serta memastikan aspek reka bentuk bangunan yang mencerminkan identiti setempat.
"Disebabkan itu, saya tekankan bahawa kemajuan industri pembinaan mesti dirasai rakyat, terutama melalui penyediaan rumah mampu milik.









