KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak menerima RM50 daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini, sudahpun membeli kereta mainan baharu bagi menggantikan yang sudah rosak.
Kegembiraan kanak-kanak dikenali sebagai Mateen itu dikongsi pemilik akaun Threads @heylyzarashid, yang memaklumkan selepas menerima wang RM50 itu, anak saudaranya itu terus membeli mainan baharu di sebuah reruai pada hari kejadian.
"Pada hari sama, Mateen dah beli kereta dari booth (reruai) di situ.
"Dia suka sangat kereta jenis kecil ini, kereta itu (yang baru dibeli) boleh jadi robot tau. Semoga Allah memberi kekuatan, semangat dan kesihatan kepada PMX," katanya, hari ini.









