SUNGAI BULOH - Lima mayat mangsa tragedi kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor, tiba di Unit Forensik Hospital Sungai Buloh pada jam 2 petang Selasa.Kesemua mayat dibawa menggunakan trak polis selepas ditemukan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dijalankan susulan kejadian kepala air pada kira-kira jam 5.30 petang Isnin.Setakat ini, lima daripada lapan individu yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras ditemukan meninggal dunia, manakala usaha mengesan tiga lagi mangsa masih diteruskan.Sebelum ini, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar memaklumkan, mangsa pertama dikenali sebagai V Vijayan, 36, ditemukan pada jam 1.30 pagi, Selasa di kawasan Jambatan Pertak, kira-kira 2.7 kilometer dari lokasi mangsa dihanyutkan arus di Lata Jebus.Empat lagi mayat ditemukan sekitar jam 9.20 pagi di kawasan Jambatan Senget, kira-kira satu kilometer dari Lata Jebus.Menurutnya, operasi berdepan cabaran arus deras yang mengambil masa kira-kira tiga hingga empat jam untuk surut sebelum pencarian di permukaan air dapat dijalankan.Dalam kejadian itu, lapan individu terdiri daripada seorang warga tempatan, seorang warga Yemen, seorang warga Sri Lanka, seorang warga Nepal dan empat warga India dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus.Selain itu, seramai 26 individu daripada beberapa kumpulan yang menjalankan aktiviti rekreasi dan pendakian turut dilaporkan terkandas di sekitar kawasan sungai berkenaan sebelum berjaya diselamatkan pasukan penyelamat.
Lima mayat mangsa kepala air Sungai Pertak tiba di Hospital Sungai Buloh

Key takeaways
Lima mayat mangsa tragedi kepala air di Sungai Pertak tiba di Unit Forensik Hospital Sungai Buloh pada jam 2 petang Selasa, selepas operasi mencari dan menyelamat dijalankan pada jam 5.30 petang Isnin.
- Lima daripada lapan mangsa hilang ditemukan meninggal, tiga lagi masih dicari.
- Mayat pertama dikenali sebagai V Vijayan, 36 tahun, ditemui jam 1.30 pagi di Jambatan Pertak.
- Operasi pencarian memerlukan tiga hingga empat jam arus deras surut sebelum pencarian di permukaan air dapat dijalankan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Berita Harian , Utusan Malaysia , Kosmo
Story details
- Published
- By
- MUHAMMAD NABIL ALMA AZMAN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia 4 lagi mayat mangsa kepala air Sungai Pertak ditemukan
- Berita Harian 4 lagi mayat mangsa kepala air Sungai Pertak ditemukan
- Sinar Harian Lima mayat mangsa kepala air Sungai Pertak tiba di Hospital Sungai Buloh (this story)







