KUALA LUMPUR - Kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Langgak Duta, di sini, pada Selasa kembali menjadi tumpuan petugas media.Ia susulan bekas Ahli Parlimen Pekan itu hadir ke Mahkamah Tinggi bagi mengikuti prosiding permohonan Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk mengkaji semula perintah pelepasan yang dikeluarkan pada Jumaat minggu lalu.Kawasan berdekatan kediaman beliau juga turut dikawal ketat pasukan keselamatan dan pihak media hanya dibenarkan berada di laluan masuk utama lokasi tersebut.Sebelum itu, Najib, 73, yang memakai kurta berwarna biru tiba di mahkamah jam 3.08 petang dengan diiringi pegawai Jabatan Penjara Malaysia.Hadir sama ialah anak perempuannya, Nooryana Najwa.AGC memfailkan permohonan pada Selasa bagi mengkaji semula perintah pelepasan yang dikeluarkan pada 6 November lalu.Jabatan itu juga mahu mendapatkan satu perintah baharu, selaras dengan perintah pengampunan bersyarat yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong pada 18 September.Pendakwaan selaku pemohon diwakili Pengarah Pendakwaan Kuala Lumpur Datuk Mohd Nordin Ismail; Peguam kanan persekutuan, Ahmad Hanir Hambaly @ Arwi dan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Ahmad Akram Gharib, Mohamad Mustaffa P Kunyalam, Mohamad Fadhly Mohd Zamry dan Siti Pervinah Mohamad Yusof.Najib selaku responden diwakili peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan Muhammad Farhan Muhammad Shafee.Dalam permohonan yang difailkan pada 10 November itu, AGC memohon mahkamah meneliti semula perintah berkenaan bagi memastikan pelaksanaannya menepati pengampunan yang diberikan kepada bekas Ahli Parlimen Pekan itu.Pada 6 November lalu, Najib dilaporkan telah melunaskan denda RM50 juta di kaunter pembayaran hasil dan deposit Mahkamah Tinggi di sini bagi membolehkan baki hukuman penjaranya dijalani menerusi tahanan di rumah.Bagaimanapun, beliau kembali ke Penjara Kajang selepas menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).Jabatan itu juga mahu mendapatkan satu perintah baharu, selaras dengan perintah pengampunan bersyarat yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong pada 18 September.Pendakwaan selaku pemohon diwakili Pengarah Pendakwaan Kuala Lumpur Datuk Mohd Nordin Ismail; Peguam kanan persekutuan, Ahmad Hanir Hambaly @ Arwi dan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Ahmad Akram Gharib, Mohamad Mustaffa P Kunyalam, Mohamad Fadhly Mohd Zamry dan Siti Pervinah Mohamad Yusof.Najib selaku responden diwakili peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan Muhammad Farhan Muhammad Shafee.Dalam permohonan yang difailkan pada 10 November itu, AGC memohon mahkamah meneliti semula perintah berkenaan bagi memastikan pelaksanaannya menepati pengampunan yang diberikan kepada bekas Ahli Parlimen Pekan itu.Pada 6 November lalu, Najib dilaporkan telah melunaskan denda RM50 juta di kaunter pembayaran hasil dan deposit Mahkamah Tinggi di sini bagi membolehkan baki hukuman penjaranya dijalani menerusi tahanan di rumah.Bagaimanapun, beliau kembali ke Penjara Kajang selepas menjalani pemeriksaan kesihatan d