GEORGE TOWN- Seorang lelaki cedera ringan selepas lori lima tan yang dipandunya terbabas sebelum terbalik dalam kejadian di Jalan Paya Terubong, berhampiran Pangsapuri Green Garden, di sini pada Selasa.Dalam kejadian kira-kira jam 1.53 petang itu, mangsa berusia 34 tahun berjaya dikeluarkan dari lori berkenaan oleh orang awam sebelum menerima rawatan.Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 1.53 petang sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paya Terubong tiba di lokasi tujuh minit kemudian.Menurutnya, kemalangan membabitkan sebuah lori jenis Euro membawa muatan barangan runcit."Komander operasi membuat penilaian awal sebelum mengarahkan anggota Pasukan Keluaran Operasi (PKO) dengan kelengkapan perlindungan diri (PPE) lengkap menjalankan kerja-kerja pembersihan tumpahan minyak di lokasi kejadian."Mangsa yang mengalami kecederaan ringan telah diberikan rawatan sebelum dibawa oleh anggota Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) ke hospital," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Tambah beliau, operasi melibatkan sembilan anggota BBP Paya Terubong dengan bantuan sebuah jentera LFRT dan sebuah kenderaan EMRS."Polis dan PBSM turut membantu operasi menyelamat."Kemalangan tidak melibatkan kenderaan lain. Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 3.29 petang selepas pihak bomba memastikan keadaan di lokasi kejadian selamat," katanya.Difahamkan, kemalangan tersebut menyebabkan laluan di kawasan berkenaan sesak lebih sejam kerana keadaan lori yang melintang jalan.
Lori lima tan bawa barangan runcit terbalik, pemandu cedera ringan

Key takeaways
Lori lima tan berisi barangan runcit terbalik di Jalan Paya Terubong, menyebabkan pemandu cedera ringan dan kejadian diuruskan oleh bomba dan Pasukan Keluaran Operasi.
- Lori Euro terbalik pada jam 1.53 petang, pemandu cedera ringan.
- Operasi bomba dan Pasukan Keluaran Operasi melibatkan sembilan anggota dan peralatan LFRT serta EMRS.
- Kejadian selesai pada jam 3.29 petang setelah kawasan dikawal selamat.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Pemandu lori tak mengaku rompak barangan kemas
- Sinar Harian Lori lima tan bawa barangan runcit terbalik, pemandu cedera ringan (this story)









