Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak akan dipindahkan daripada Penjara Kajang ke kediamannya di Taman Duta hari ini, bagi menjalani baki hukuman penjara melalui tahanan rumah bersabit kesalahan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Aslam Zainuddin membatalkan perintah pelepasan atas pembayaran denda bertarikh 6 November lalu.

"Ia digantikan perintah bersyarat bahawa tertuduh hendaklah menjalani hukuman penjara melalui tahanan rumah," katanya.