HULU SELANGOR – Lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus deras dalam kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, di sini, semalam ditemukan setakat ini.

Tinjauan Utusan Malaysia di lokasi mendapati, empat lagi mangsa ditemukan selepas seorang mangsa lelaki ditemukan lebih awal kira-kira pukul 1.30 pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, tiga mangsa ditemukan tersekat di kawasan Jambatan Senget berhampiran tapak perkhemahan Sungai Luit kira-kira pukul 9.20 pagi.

“Seorang lagi mangsa ditemukan berhampiran kawasan sama pada pukul 10.20 pagi, kira-kira 1.2 kilometer dari lokasi kejadian.