Kuala Lumpur: Malaysia Airlines menawarkan pengalaman eksklusif menyaksikan aksi Manchester United di Old Trafford, termasuk penerbangan kelas perniagaan pergi balik ke London, kepada pelanggan yang membuat tempahan penerbangan secara terus menerusi laman web atau aplikasi mudah alih syarikat penerbangan itu.
Menerusi peraduan yang berlangsung dari 10 November hingga 10 Disember 2026 itu, pelanggan dari Malaysia, Singapura, Indonesia dan Thailand berpeluang memenangi pakej eksklusif berkenaan yang turut merangkumi akses ke Malaysia Airlines VIP Corporate Box di Stadium Old Trafford.
Malaysia Airlines dalam kenyataan berkata, peraduan itu menawarkan empat hadiah utama dan 20 hadiah saguhati sepanjang tempoh kempen berkenaan.









