PUTRAJAYA - Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah meluluskan sebarang pendaftaran pertubuhan Rohingya sebagai badan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia.RoS dalam kenyataan menerusi Facebook memaklumkan bahawa setiap permohonan pendaftaran pertubuhan diteliti dan dinilai oleh Pendaftar Pertubuhan, berdasarkan Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832)."Pemenuhan syarat asas permohonan tidak bermakna sesuatu pertubuhan akan mendapat kelulusan pendaftaran secara automatik."Sebaliknya, setiap permohonan tertakluk kepada proses penelitian dan pertimbangan Pendaftar Pertubuhan, sebelum keputusan dibuat," menurut kenyataan itu.RoS turut menjelaskan bahawa syarat asas pendaftaran pertubuhan termasuk mempunyai sekurang-kurangnya tujuh ahli, perlembagaan pertubuhan yang lengkap, pemegang jawatan yang sah serta permohonan lengkap menerusi sistem eROSES."Proses pendaftaran bermula dengan pengemukaan permohonan melalui sistem berkenaan, diikuti semakan dokumen dan maklumat, sebelum dinilai berdasarkan peruntukan Akta 832. Keputusan kelulusan pendaftaran kemudiannya dibuat oleh Pendaftar Pertubuhan," menurut kenyataan itu.RoS turut menasihatkan orang ramai supaya mendapatkan maklumat daripada sumber rasmi dan mengelakkan penyebaran maklumat tidak tepat.Permohonan pendaftaran pertubuhan boleh dikemukakan menerusi sistem eROSES di www.eroses.gov.my.Baru-baru ini, seorang pengguna aplikasi Threads menerusi akaun x_.tw9, membangkitkan isu status Rohingya Society Malaysia (RSM) yang didakwa tidak sah, selain mempersoalkan tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung laporan polis terhadap pertubuhan itu pada 2020. - Bernama
RoS tidak pernah lulus pendaftaran NGO Rohingya di Malaysia

Key takeaways
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) menegaskan bahawa tiada pendaftaran pertubuhan Rohingya yang diluluskan sebagai NGO di negara ini. Setiap permohonan dinilai secara teliti mengikut Akta Pertubuhan 1966 sebelum keputusan dibuat.
- RoS menyatakan tiada pendaftaran pertubuhan Rohingya yang pernah diluluskan sebagai NGO di Malaysia.
- Permohonan dinilai oleh Pendaftar Pertubuhan berdasarkan Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832).
- Syarat asas pendaftaran termasuk sekurang-kurangnya tujuh ahli dan perlembagaan yang lengkap.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Utusan Malaysia , Berita Harian , Malaysiakini (BM) , Free Malaysia Today
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 6 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) ROS tidak pernah luluskan pendaftaran NGO Rohingya di Malaysia
- Sinar Harian RoS tidak pernah lulus pendaftaran NGO Rohingya di Malaysia (this story)
- Free Malaysia Today JPPM tak pernah lulus pendaftaran NGO Rohingya
- Utusan Malaysia RoS tidak pernah lulus pendaftaran NGO Rohingya








