PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah meluluskan sebarang pendaftaran pertubuhan Rohingya sebagai badan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia.

RoS dalam kenyataan menerusi Facebook memaklumkan bahawa setiap permohonan pendaftaran pertubuhan diteliti dan dinilai oleh Pendaftar Pertubuhan, berdasarkan Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832).

"Pemenuhan syarat asas permohonan tidak bermakna sesuatu pertubuhan akan mendapat kelulusan pendaftaran secara automatik.

"Sebaliknya, setiap permohonan tertakluk kepada proses penelitian dan pertimbangan Pendaftar Pertubuhan, sebelum keputusan dibuat," menurut kenyataan itu.