Kuala Lumpur: Sering dikaitkan mempunyai wajah seiras pelakon, Datin Lisa Surihani, pelakon baharu dan pempengaruh, Nasuha Sulaiman menganggap perbandingan itu sebagai pujian yang positif.
Nasuha atau nama sebenarnya Wan Nasuha Wan Sulaiman, 30, berkata dia tidak berasa tertekan apabila digelar sebagai 'the mini Lisa Surihani', sebaliknya berasa sangat selesa kerana amat mengagumi peribadi pelakon terkenal itu.
"Saya okay sangat bila orang kata muka kami sama. Saya sangat mengagumi beliau dari semua segi, jadi saya okay sahaja bila digelar 'the mini Lisa Surihani'.
"Saya menganggap ia sebagai gelaran dan contoh yang baik, tiada masalah," katanya ketika ditemui Harian Metro, baru-baru ini.










