KUALA LUMPUR: 12 tahun menyepi daripada dunia perfileman, pelakon Datin Lisa Surihani akhirnya kembali ke layar lebar menerusi filem Boh, sekali gus menandakan lembaran baharu dalam perjalanan seninya.
Berita gembira itu dikongsikan Lisa menerusi hantaran di Instagram, dengan menyifatkan peluang membintangi filem terbitan Indigo Films berkenaan sebagai pengalaman cukup bermakna buat dirinya.
Lisa berkata, dunia perfileman mempunyai tempat istimewa dalam hidupnya kerana medium seni itu menjadi sebahagian daripada perjalanan kerjayanya sejak berusia 11 tahun.
"12 tahun menyepi sejak projek filem terakhir, tiada kemunculan semula yang lebih bermakna daripada ini.









%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2025%2F10%2Fab48266fe21b31c15dd064ee1697c636.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
