KOTA MELAKA – Pengalaman dalam bidang robotik dan pengekodan menjadi antara kelebihan yang mahu dimanfaatkan calon Parti Bersama Malaysia (Bersama), Ethan Lim, bagi membawa penyelesaian yang lebih sistematik terhadap pelbagai isu penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Laksamana.Beliau berkata, kawasan itu berdepan pelbagai masalah komuniti yang telah berlarutan antara 20 hingga 30 tahun, namun masih belum dapat diselesaikan secara menyeluruh walaupun silih berganti pentadbiran kerajaan.Menurutnya, penyertaan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini didorong oleh keinginan untuk menyumbang kepada masyarakat sebagai anak tempatan yang memahami permasalahan penduduk setempat."Saya membesar di kawasan ini kerana sekolah rendah dan sekolah menengah saya berada dalam DUN Kota Laksamana."Harapan saya adalah untuk menggunakan pengalaman sebagai jurulatih robotik dan pengekodan bagi melihat sistem sedia ada yang boleh diubah suai atau ditambah baik," katanya ketika ditemui Sinar Harian di Kota Laksamana.Ethan berkata, antara perkara yang mahu diberikan perhatian ialah Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPA) yang menurutnya perlu ditambah baik supaya pengguna dapat mengetahui perkembangan status aduan yang dikemukakan.Beliau menjelaskan sistem tersebut sepatutnya membolehkan pengguna menyemak sama ada aduan mereka masih dalam tindakan, ditangguhkan atau ditolak berserta alasan yang jelas."Apabila rakyat membuat aduan, mereka tidak tahu apa status seterusnya. Pada saya, perkara ini sebenarnya tidak sukar untuk dilaksanakan."Pengguna sepatutnya boleh melihat status aduan sama ada masih dalam tindakan atau tertangguh. Jika ditolak, mereka juga perlu mengetahui sebabnya supaya tahu langkah seterusnya yang boleh diambil," katanya.Menyentuh perkembangan kempen, Ethan berkata, setakat ini gerak kerja pilihan raya berjalan lancar dan maklum balas daripada penduduk semakin positif selepas beberapa hari turun padang.Katanya, pada peringkat awal beliau menjangkakan agak sukar untuk mendapatkan sokongan pengundi memandangkan rekod pilihan raya lalu menunjukkan Pakatan Harapan (PH) memperoleh kira-kira 80 peratus undi di kawasan itu.Bagaimanapun, selepas mendekati penduduk dan memahami isu sebenar yang dihadapi mereka, beliau percaya masih terdapat ruang untuk meraih kepercayaan pengundi."Kami sudah mula membawa beberapa masalah yang dibangkitkan penduduk kepada pihak majlis bandar raya yang berkaitan."Setakat ini, maklum balas yang diterima semakin baik dan saya berharap para pengundi dapat memberikan sokongan serta undi kepada saya," katanya.Ethan, 35, memiliki Diploma Kejuruteraan Elektronik dari Multimedia University (MMU) dan merupakan pengasas akademi robotik, Roboforce Academy.Pada PRN Melaka Ke-16, beliau berdepan saingan tiga penjuru menentang penyandang kerusi DUN Kota Laksamana, Low Chee Leong daripada Pakatan Harapan (DAP) serta Melvin Chua Kew Wei daripada MCA yang mewakili Barisan Nasional (BN).DUN Kota Laksamana mempunyai seramai 34,066 p