KUALA LUMPUR: Sejumlah 11,072 penjaja kecil di ibu negara bakal menikmati persekitaran perniagaan lebih kondusif menerusi Program Lestari Niaga@Kuala Lumpur 2026 membabitkan 287 lokasi dengan peruntukan RM200 juta.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh berkata program itu dilaksanakan secara sistematik bagi memastikan peruntukan kerajaan memberi manfaat langsung kepada penduduk dan peniaga.

"Selalunya, kita pilih projek mana yang hendak diutamakan berdasarkan keadaan rosak dahulu. Apabila siap, muncul pula projek lain yang perlu dinaik taraf.

"Jadi, apabila kita belanja secara sistematik, semua projek berjalan secara berstruktur dan memudahkan pegawai kerana mereka sudah tahu hala tuju yang perlu dilaksanakan.