KUALA LUMPUR: Kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) berpotensi memberi tekanan tambahan kepada pasaran kediaman, khususnya dari segi kemampuan pembeli menanggung kos pembiayaan, demikian menurut JLL Malaysia.

Pengarah Urusan JLL Malaysia, Jamie Tan, berkata berdasarkan pengalaman lalu, peningkatan kadar faedah lazimnya memberi kesan kepada pasaran hartanah memandangkan sebahagian besar pembeli rumah bergantung kepada pinjaman perumahan.

"Kos pembiayaan lebih tinggi susulan kenaikan kadar faedah boleh mempengaruhi kemampuan pembeli serta aktiviti pasaran kediaman secara keseluruhan," katanya dalam taklimat media prestasi pasaran hartanah suku ketiga 2026 JLL Malaysia, di sini, hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata kadar kelulusan pinjaman perumahan merosot kepada 38.36 peratus setakat September 2026 dan dijangka kekal lebih rendah berbanding paras yang direkodkan sepanjang 2022 hingga 2025.