SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengambil serius isu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dipercayai mengutip zakat di negeri ini sebelum menyalurkan hasil kutipan ke negeri lain, yang kini dalam siasatan polis.

Pengerusi MAIS, Datuk Salehuddin Saidin, berkata Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, turut menitahkan pihaknya meneliti perkara itu bagi memastikan tiada pihak mengambil kesempatan daripada kelompongan undang-undang atau kelemahan penguatkuasaan.

"Tuanku sudah menitahkan kami di MAIS untuk meneliti perkara ini dan tidak membiarkan gejala pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan daripada kelompongan undang-undang atau penguatkuasaan untuk menggunakan wang masyarakat Islam bagi kepentingan mereka.