KUALA LUMPUR: Pilihan lokasi pembangunan pusat data yang terhad serta peningkatan kos operasi berpotensi menjejaskan keupayaan Malaysia untuk bersaing dengan pasaran serantau seperti Thailand dan Indonesia.

Pengarah Urusan dan Pengurus Negara IVPS Malaysia (Cushman & Wakefield), Tiffany Goh, berkata kelompok pusat data di Malaysia masih tertumpu di beberapa lokasi utama, khususnya Johor, berbanding negara serantau yang mempunyai pilihan kawasan pembangunan lebih luas.

Katanya, Thailand menawarkan lebih banyak pilihan kepada pemaju dari segi penyedia bekalan tenaga, manakala Indonesia mempunyai taburan kawasan berpotensi untuk pembangunan pusat data yang lebih meluas.

"Antara kekangan yang dihadapi Malaysia termasuk ketersediaan bekalan tenaga dan air serta jarak antara lokasi yang sesuai untuk pembangunan kemudahan berkenaan.