MUKADIMAH NEGARA tidak terlepas daripada tempias akibat ketegangan geopolitik yang membabitkan peperangan antara Russia dan Ukraine serta Amerika Syarikat (AS) dan Iran yang mengganggu rantaian bekalan apabila samudera perdagangan utama, Selat Hormuz menerima ancaman keselamatan.
Meskipun tekanan geopolitik memberi kesan kepada perdagangan antarabangsa, Malaysia dilihat mempunyai kekuatan tersendiri walaupun wujud ketegangan ekonomi antara dua blok Barat (AS) dan Timur (China).
Bersama wartawan Utusan Malaysia, MOHAMAD ATHIR ISMAIL dan ROSHIHAN ANNUAR YUB serta jurugambar dan juruvideo, FARIZ RUSADIO dan MOHD. KAMARUL HASIFI KAMARUDIN, Pengarah Urusan Kumpulan World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL), DATUK SERI DR. IRMOHIZAM IBRAHIM mengupas ke depan perkembangan perdagangan antarabangsa.









