SHANGHAI: Alice Huang membina kerjaya dalam sektor kewangan China sebelum muncul dalam arena yang jauh berbeza, iaitu persaingan global mendapatkan cip kecerdasan buatan (AI).
Turut dikenali sebagai Huang Le, ahli perniagaan dari China itu pernah memegang jawatan kanan di sebuah firma pelaburan di Shanghai sebelum menjadi pemegang saham kawalan dalam syarikat pengkomputeran awan berpangkalan di Singapura, Megaspeed International, menurut lebih 30 rekod kewangan, pemfailan korporat dan bahan syarikat yang tersedia kepada umum serta diteliti Reuters.
Nvidia menyenaraikan Megaspeed sebagai rakan kongsi rasmi perkhidmatan awannya dalam direktori syarikat itu.
Megaspeed mula mendapat perhatian umum pada Oktober 2025 apabila akhbar New York Times melaporkan syarikat berkenaan sedang disiasat pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) berhubung dakwaan membantu pelanggan dari China mendapatkan cip Nvidia canggih yang tertakluk kepada kawalan eksport Washington.










