KAJANG: Konvoi lima kenderaan dipercayai membawa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilihat meninggalkan Penjara Kajang kira-kira jam 2.40 petang hari ini.

Bagaimanapun, setakat ini belum dapat dipastikan destinasi konvoi berkenaan.

Terdahulu, media melaporkan peguam Najib dijadual bertemu Hakim Mahkamah Tinggi petang ini bagi membincangkan pertikaian berhubung perintah pelepasan yang mengarahkan bekas Perdana Menteri itu menjalani baki hukuman penjara bagi kes SRC International menerusi tahanan rumah.

Kes berkenaan dijadual disebut di hadapan Hakim Datuk Aslam Zainuddin pada jam 2.30 petang di Mahkamah Tinggi Jenayah 5, Kuala Lumpur.