GOPENG – Mangsa, Allahyarham Muhammad Muiz Muhd. Luqman, 2, ditemukan lemas tersangkut pada kayu di tengah-tengah sungai kawasan Gua Tempurung kira-kira lapan kilometer daripada lokasi hilang.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Mohamad Nazri Daud berkata, pada pukul 10.29 pagi, bot yang dinaiki oleh seorang pemandu Arah bersama empat lain telah menemui mangsa tersangkut pada kayu di tengah-tengah sungai kawasan Gua Tempurung kira-kira lapan kilometer dari tempat kejadian mangsa hilang.

“Pada pukul 11.15 pagi, ⁠mayat telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Kampar menggunakan kenderaan pasukan Land Rover bagi tujuan bedah siasat untuk mendapatkan punca kematian.

“Siasatan awal mendapati, punca kejadian kerana mangsa mandi sungai bersama tiga keluarga lain dari Tronoh, Batu Gajah Kampung Jahang Gopeng untuk aktiviti perkhelahan bersama keluarga,” katanya di sini hari ini.