KANGAR – Sindiket pengedaran dadah terus menggunakan taktik tinggal dan kutip bagi mengelakkan pergerakan mereka dihidu pihak berkuasa.

Modus operandi itu bagaimanapun gagal mengaburi Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) selepas agensi itu berjaya merampas ganja seberat 61.42 kilogram (kg) bernilai RM191,544 dalam dua operasi berasingan di Kuala Perlis.

Pengarah JKDM Perlis, Mohammad Furiman Hattar berkata, rampasan terbaharu dilakukan pada 19 Oktober lalu selepas sepasukan anggota Cawangan Penguatkuasaan Marin Kuala Perlis menemui tiga bungkusan guni mencurigakan di atas pelantar Jeti Pulau Batu Layang, Simpang Empat, Kuala Perlis.

“Dalam operasi kira-kira pukul 8.15 malam itu, pemeriksaan terhadap ketiga-tiga guni menemukan 35 ketulan mampat disyaki ganja seberat 36.42kg yang dianggarkan bernilai RM116,544.