PUTRAJAYA – Jabatan Peguam Negara (AGC) telah memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini bagi mengkaji semula perintah pelepasan membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perkara itu disahkan Peguam Negara, Tan Sri Mohd. Dusuki Mokhtar selepas dihubungi hari ini.
Menurut Mohd. Dusuki permohonan itu difailkan berdasarkan perintah yang dikeluarkan mahkamhah pada 6 November lalu.
“Permohonan itu bertujuan mendapatkan satu perintah pelepasan baharu, selaras dengan perintah pengampunan bersyarat yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong pada 18 September lalu,” katanya.










