TAWAU: Seramai 32 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah hasil operasi penguatkuasaan di Tawau dan Semporna, sejak 8 November lalu.
Daripada jumlah itu, 24 individu ditahan di Tawau membabitkan 14 warga Indonesia dan 10 warga Filipina manakala lapan lagi warga China ditahan di Semporna menerusi Ops Mahir.
Pengarah Imigresen Sabah, Datuk Sh Sitti Saleha Habib Yussof turut `turun padang' bersama Timbalan Pengarah Imigresen Sabah (Pengurusan), Mat Reo Oredi serta Timbalan Pengarah Imigresen Sabah (Kawalan), Amrih Siatoh.
Menurutnya sepanjang operasi itu, seramai 324 individu diperiksa membabitkan warga tempatan, Indonesia dan Filipina.








