Putrajaya: Mahkamah Persekutuan di sini, hari ini, membenarkan permohonan Datuk Seri Najib Razak hadir prosiding berhubung kes samannya terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.

Bekas perdana menteri itu memohon untuk menghidupkan semula saman sivil menuntut RM1.9 juta yang difailkan terhadap Thomas berhubung dakwaan salah guna kuasa membabitkan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Panel tiga hakim dipengerusikan Hakim Besar Malaya, Datuk Seri Hashim Hamzah, mengeluarkan perintah untuk mengemukakan Najib (OTP), iaitu arahan kepada pihak penjara untuk membawa tahanan ke mahkamah bagi menghadiri pendengaran berkenaan.

Permohonan itu dikemukakan peguam S Bala Ravi di sini hari ini.