KUALA LUMPUR: Selepas kali terakhir menyapa peminat menerusi Konsert Butterfingers 1.2 Milligrams 30 di Odeon, di sini, Ogos lalu, kumpulan Butterfingers kembali dengan karya lama yang diberi nafas baharu menerusi pelancaran Merdeka 26.
Pemain gitar utama, Loque atau nama sebenarnya Khairil Ridzwan Annuar, berkata Merdeka 26 adalah olahan semula lagu asal yang dimuatkan dalam album Kembali, diterbitkan pada 2008.
"Kemunculan semula Merdeka 26 memberi wajah baharu yang lebih rancak dan segar tanpa mengetepikan identiti muzik Butterfingers.
"Olahan baharu ini turut membuka ruang kepada penggemar untuk menikmati semula karya berkenaan menerusi pendekatan berbeza, seiring pengembaraan muzik kumpulan yang sentiasa berevolusi," katanya dalam kenyataan.









